[DEBUG] CCBot/1.0 (+http://www.commoncrawl.org/bot.html)
Sukacita dimaklumkan bahawa sambutan dari seluruh Negara bagi menyertai program ibadah qurban dan aqiqah pada tahun ini amat menggalakkan.
Sebanyak 245 ekor ternakan qurban dan aqiqah dari keseluruhan 1,277 penyertaan telah selamat diterima dan dilaksanakan sempena Hari Raya Aidil Adha 1430H dan sepanjang tahun 1430H yang lalu.
Alhamdulillah, kesemua ternakan qurban dan aqiqah tersebut telah selamat di sempurnakan dan diagihkan kepada umat Islam di Negara-negara yang lebih memerlukan seperti di negara Bangladesh, Kemboja, Thailand dan Indonesia.
Disamping itu, sebanyak RM 31,235.00 telah berjaya di sumbangkan kepada Tabung Kemiskinan Harakah bagi menampung aktiviti membantu umat Islam yang memerlukan di Malaysia.